Thursday 9 February 2012

-__Ketibaan Hari-Hari Penghabisan__-

Persiapkanlah diri anda : proses "membuka minda".


     Intro : Pertama dan terakhir.. Sesungguhnya, orang yang mengingati mati lebih baik dari dunia seisinya..
" Pada suatu hari; Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, 
iaitulah maut "

Dajjal dan Ketibaannya :

 Hadis ini diriwayatkan oleh Fathimah binti Qais, satu ketika beliau pergi mengerjakan solat berjemaah di masjid dan beliau berada di tempat solat wanita. Ketika itu Nabi SAW mengimami solat, dan setelah selesai daripada solat, Baginda SAW naik ke atas mimbar dan berkhutbah.

Nabi SAW bertanya : “Adakah kamu semua tahu, kenapakah aku menghimpunkan kamu?”

Para sahabat RA menjawab : “Allah SWT dan RasulNya yang lebih mengetahui”

Nabi SAW bersabda :

“Demi Allah, aku bukanlah menghimpunkan kamu semua untuk memberi galakan atau tegahan, tetapi aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad Dariy, seorang lelaki daripada Nasrani (datang kepadaku). Lalu dia datang (kepadaku) lalu berjanji taat setia dan terus memeluk Agama Islam. Dan dia (Tamim ad Dariy) telah menceritakan kepadaku tentang satu cerita, yang selari dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu tentang Masih ad Dajjal. Dia (Tamim) menceritakan kepadaku bahawa dia telah mengemudi sebuah kapal laut bersama lelaki dari kalangan yang menjengkelkan dan mengidap kusta. Lalu mereka dialun ombak selama sebulan berada di tengah-tengah lautan. Lalu mereka terdampar di sebuah pulau ketika matahari terbenam. Kemudian mereka (turun dan) duduk berhampiran kapal, dan mereka pun masuk ke dalam pulau tersebut. (ketika berada di dalam pulau tersebut), mereka terjumpa seekor binatang yang terlalu lebat dan banyak bulunya, mereka tidak tahu yang mana bahagian hadapan (tubuh) dan belakangnya (iaitu tidak kenal bentuk rupanya kerana sangat pelik dan) kerana terlalu banyak bulunya.

Mereka bertanya (kepada binatang tersebut) : Celakalah kamu! Kamu ini binatang jenis apa?

Binatang tersebut menjawab : Aku adalah al Jassasah.

Mereka bertanya : Apakah al Jassasah itu?

Binatang itu berkata : Wahai kamu semua! Pergilah berjumpa dengan manusia yang berada di dalam tempat pertapaan (bilik) ini. Dia sangat memerlukan maklumat daripada kamu.

Tamim ad Dariy menceritakan lagi kepada aku (Nabi SAW) : Setelah binatang tersebut menceritakan tentang ciri-ciri manusia yang berada di dalam bilik itu, kami pergi meninggalkannya berkemungkinan binatang itu adalah syaitan. Lalu kami segera masuk ke dalam, sehinggalah memasuki bilik tersebut. Di dalamnya terdapat seorang manusia yang paling besar pernah kami lihat yang dicipta (di dunia), dan sangat teguh, tangan sehingga leher dan lutut sehingga tumit dirantai dengan besi.

Kami bertanya : Celakalah kamu! Siapakah kamu ini?

Manusia itu berkata : Sesungguhnya kamu telah mengenali tentang diriku, maka ceritakanlah tentang kamu semua?

Mereka menjawab : Kami adalah manusia berbangsa Arab, yang pergi belayar di atas lautan, lalu kami telah sesat (hilang arah) laut ketika kami sedang leka (hilang arah atau sesat), maka ombak lautan mengalunkan kami selama sebulan sehinggalah kami terdampar di pulau kamu ini, lalu kami turun daripada kapal (bermalam) dan kami masuk ke dalam pulau. Kami ditemui oleh seekor binatang besar yang sangat banyak bulunya, (bentuk yang pelik) dan tidak diketahui bahagian depan atau belakangnya kerana banyaknya bulu. Kami bertanya : Celakalah kamu! Siapakah kamu? Dia menjawab : Aku adalah al Jassasah. Kami bertanya lagi : Apakah itu al Jassasah? Dia menjawab : Pergilah menemui lelaki yang sedang berada di dalam bilik pertapaan ini, sesungguhnya dia sangat memerlukan maklumat daripada kamu. Lalu kami meninggalkan dia, dan kami tidak tenteram kerana berkemungkinan dia adalah syaitan.

Manusia itu bertanya : Ceritakan kepadaku tentang pelepah tamar Baisan.

Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Manusia itu menjawab : Aku bertanya kepada kamu tentang pelepahnya, adakah ia sudah berbuah?
Kami berkata kepadanya : Ya..

Dia berkata : Sesungguhnya ia tidak akan berbuah lagi dalam masa terdekat.

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Tasik Thabari.

Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Dia berkata : Adakah masih terdapat air di situ?

Mereka menjawab : Di tasik tersebut terdapat banyak air.

Dia berkata : Sesungguhnya air di situ akan mengering dalam masa terdekat.

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Ain Zughar (Sebuah Bandar di Syam yang mempunyai sumber air dari dalam bumi).

Mereka bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Dia berkata : Adakah di Ain itu masih terdapat air? Adakah penduduknya masih bercucuk tanam dengan air tersebut?

Mereka berkata kepadanya : Ya, ia masih mempunyai banyak air dan penduduknya masih bercucuk tanam dengannya (air tersebut).

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang seorang Nabi SAW yang tidak tahu membaca dan menulis, apakah yang dia lakukan?

Mereka menjawab : Dia telah keluar dari Mekah dan mendiami di Madinah.

Dia bertanya : Adakah Bangsa Arab memeranginya?

Kami menjawab : Ya

Dia bertanya lagi : Bagaimanakah dia (Nabi SAW) menghadapinya (serangan arab tersebut)?

Kami menceritakan kepadanya bahawa dia (Nabi SAW) muncul di kalangan generasi muda Arab, lalu mereka mentaatinya.

Dia berkata lagi : Adakah terjadi sedemikian?

Kami berkata : Ya

Dia berkata : Sesungguhnya itulah yang terbaik bagi mereka ialah mentaatinya, dan aku menjadi pemberitahu tentang diriku, aku adalah al Masih. Aku hampir-hampir dibenarkan untuk keluar (menyesatkan manusia), lalu (setelah aku dibenarkan, aku akan) keluar menjelajah ke seluruh dunia, dan aku tidak membiarkan sebuah kampung pun, melainkan aku mencerobohinya, (semuanya) berlaku dalam tempoh 40 hari, kecuali Mekah dan Taibah (iaitu Madinah, yang kedua-duanya tidak aku masuki). Kedua-duanya diharamkan kepadaku (untuk mencerobohinya). Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya, aku terjumpa Malaikat (yang menjaga) dengan pedang terhunus di tangannya, menghalang aku daripada memasukinya. Dan sesungguhnya di setiap sudut terdapat malaikat yang menjaganya….” (Shahih Muslim : 6/119)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Dajal Laknatullah sudah berada di dunia ini semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Dajal Laknatullah berada di sebuah pulau yang tidak dapat diketahui lokasinya yang dijaga oleh seekor binatang besar yang lebat bulunya. Dia dirantai di dalam sebuah gua dan tidak dibenarkan keluar sehinggalah sampai saat kemunculannya di akhir zaman untuk merosakkan manusia di dunia ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penelitian Kiamat

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,h adis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Saudara serumpunku, anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.


Saya ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun.

Dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun, asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini "sepatutnya" sudah berlaku…

- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita, benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku, rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba, menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku...Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan...sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. Ketahuilah, Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat!!!

Sekali lagi saya ingatkan anda, bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012

Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.


Saya berpesan kepada anda sekali lagi, gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang 

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR!
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan. Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini...Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu... 

Malangnya, tidak ramai diantara kita yg mahu membuka mata melihat dunia penghabis zaman, 
kerana alpa dan taksub dengan sekalian harta dunia, bersuka ria dengan hasil zina dan berleluasanya kemaksiatan.... Bangunlah Umat Islam

. . . . . . . . .Perginya Selaput Hati. . . . . . . . .

Allah menghimpunkan perasaan di dalam tujuh selaput hati hambanya, tiada kesemuanya melainkan ruangan taat, setia, cinta, kasih, agung, dan pemilihan mengikut nafsu kebebasan.. Ditanamkan perasaan yg pelbagai corak dan rupa mengikut tiap yg memakainya.. Di situlah juga Allah memperlihatkan kekuasaan-Nya, saling mencintai sesama sifat, Hawa karunia Adam, Yusuf karunia Zulaikha, dan Khadijah karunia Muhammad.. Tidak terlepas aku mencintai sebuah gambaran, gambaran yg mempunyai hati, perasaan, dan kasih yg membalas sekiranya diberi.. Lantunan kasih yg aneh tiba menghadir tanpa penghulu jalan, menemui penamat entah kenapa mentiba... belum sempat ku terokai tiap inci gambaran yg kian menjelas, dya pergi memulakan pengakhiran yg kuyakini kewujudannya.. Allah menyayangi engkau lebih dariku, jelaskanlah pada-Nya, Dia tuhanmu, Islam agamamu, Quran Imammu,  dan Muhammad Rasulmu...                  _al-fatihah@eryn-ashlley*feb3_

Wednesday 8 February 2012

-___Indahnya Mati Dengan Iman____-

Jalan sebenar menuju ke syurga adalah dengan memperbanyakkan tuntutan ibadah 
dan mendorong manusia ke arah kebaikan yg dijanjikan, 
jelas dengan melaksanakan MA'RUF dan menentang MUNGKAR


Dalam suatu waktu, detik yg mengejar tiap kelapangan manusia, tidak lari dari mencuaikan diri dengan penuh kelekaan, saat termenung panjang mencari entah apa yg tersingkap, terkuburnya kejahilan manusia tanpa diketahuinya apakah isinya kejahilan itu.. Melayan pandangan ihsan yg diberikan dengan sewenang-wenangnya, mengikut kehendak kalbu yg tidak diasuh sempurna sejak berputik kehijauan daun, menunggu saat untuk berubah warna, kerapuhan, dan tiada lagi kekuatan untuk bertahan kukuh pada dahan yg setelah sekian lama dipaut.. Sejak episod keazalian lagi telah kami berikrar, Kaulah satu-satunya yg lahir dalam bentuk KEIMANAN kami, PENYEMBAHAN kami, RAJA kami, PENCIPTA kami, TUAN kepada kami hambaMu yg penuh rasa takut, tunduk, akur, mentah, baharu, binasa, dan lemah tiada upaya... Diutuskan kami ke duniawi, memperjelaskan tiap-tiap apa yg telah dijanjikan, apakah mampu kami perkotakan?, sedangkan Kau meniupkan sekalian perasaan hawa nafsu dan mudah digoda kepada suatu yg nyata lg sementara, yg tiada kami tahu zatnya.. Ya Allah, kau lahirkan dalam kalangan kami, kekasihmu tiada terperi, akan kerna kasihnya, kami engkau ciptakan, dengan kemahuanMu agar khilaf yg lahir daripada kelemahan kami, dapat dipertunjukkan kebenarannya dengan nyata... Dituturnya : "Wahai sekalian kaum, aku Muhammad utusan Allah, memberi sirat pada kejayaan kelak kan pasti, mengajakmu kembali mentaati tiap janji yg kau persetujui.. Bangunlah, i'tikodlah, yakinlah, tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah, dan aku, Muhammad, hanyalah hamba dan utusanNya. JALANKAN PERINTAHNYA, JAUHI LARANGANNYA, nescaya engkau bersamaku di akhirat nan kelak...."